Online Now Icons

Berita Harian


2 Ganu Nelang!Oleh Syed Riduan Ahmad dan Khairul Anuar Samad
bhsukan@bharian.com.my
2011/10/15

ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
Selangor, T-Team, NS turut cipta nama layak ke saingan separuh akhir

PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada juara Piala FA, Terengganu selepas keputusan seri 2-2 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.

Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.
Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat



Wajib bahasa Melayu
Oleh Amirullah Andi Nur dan Amir Mamat
bhnews@bharian.com.my
2011/10/14

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri) bersama Presiden Persekutuan Karate Dunia (WKF), Antonio Espino Ortueta (dua dari kiri) mengayakan aksi karate pada majlis perasmian Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia ke-7 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, semalam.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri) bersama Presiden Persekutuan Karate Dunia (WKF), Antonio Espino Ortueta (dua dari kiri) mengayakan aksi karate pada majlis perasmian Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia ke-7 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, semalam.

 


 

 

Tekad Mat Yo
Oleh Ismail Muhamad
bhsukan@bharian.com.my
2011/10/14

pix_gal0
Suku akhir 2: Dua gergasi Pantai Timur jadi tumpuan

APA yang pasti fokus bola sepak tanah air akan beralih ke Kota Bharu menjelang pertembungan dua gergasi dari Timur - Kelantan dan Terengganu, malam ini yang bakal menggalas misi sama - menang dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia, musim ini.
Tekanan jelas memihak The Red Warriors untuk mengalihkan defisit kekalahan suku akhir pertama dan penyerang harapan tuan rumah, Norshahrul Idhlan Talaha bertekad turun ke gelanggang dengan mengapikan rakan sepasukan menjayakan ‘strategi mencari 2 gol’.
“Kami tetap ada peluang menafikan hajat Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan syarat dapat manfaatkan peluang beraksi di laman sendiri. Misi kami adalah mencari dua gol dan akan berjuang habis-habisan mengatasi kelebihan jaringan pihak lawan,” katanya.

Penyerang skuad Harimau Malaya itu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Yo turut percaya ketua jurulatih, Datuk M Karathu memiliki banyak pilihan mengisi slot Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Aziz Ismail yang akan tersisih gara-gara dilayang kad merah di Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Selain, episod ‘Perang Timur’ itu yang masih menjadi tanda tanya siapa pengadil bakal dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia, tiga lagi saingan suku akhir kedua juga menarik perhatian peminat tempatan.

Selangor dengan ‘Misi 33’ menentang Perak di Ipoh dengan bekalan dua gol manakala Negeri Sembilan harus menjelmakan persembahan mantap andai mahu mengalih keputusan memihak mereka apabila menentang FELDA United di Paroi. Satu lagi perlawanan membabitkan T-Team menentang Sabah di Kuala Terengganu.
Sementara itu, pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam menganggap pasukannya tidak pincang walaupun tanpa tiga tonggak yang dilayang kad merah dan mahu memberi tumpuan penuh bersama rakan sepasukan untuk meningkatkan kawalan benteng pertahanan.

“Terengganu pasti mahu mencari gol awal untuk mengukuhkan peluang ke separuh akhir dan kami akan pastikan hajat mereka dapat disekat,” katanya.

Karathu pula menegur anak didik bijak memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk mendapatkan dua gol penting, malam ini.


50 cedera gegaran magnitud 6.1 dirasai sehingga Pulau Jawa, Lombok

BALI: Gempa bumi kuat pada magnitud 6.1 menggegarkan Pulau Bali, destinasi pelancongan popular Indonesia, semalam menyebabkan penduduk panik selain menjadi punca sekurang-kurangnya 50 orang cedera, ramai luka di kepala dan ada yang mengalami patah tulang.
Kajian Jabatan Geologi Amerika menyatakan, gempa bumi itu berpusat 100 kilometer barat daya pulau itu pada kedalaman 60 kilometer di bawah dasar laut.
Walaupun ia tidak mencetuskan amaran tsunami, gempa bumi itu dirasai beratus-ratus kilometer hingga ke Pulau Jawa dan Lombok.

“Gempa itu menyebabkan saya terjatuh dari motosikal,” kata seorang mangsa yang cedera, Miftahul Chusna.

Antara yang cedera termasuk seorang pelajar dan tiga guru apabila siling sekolah menengah mereka runtuh, kata wakil agensi bencana alam tempatan, I Gede Tejo.

Pegawai perhubungan awam untuk Hotel Sanur Beach, Candy Juliani, berkata gempa bumi itu menyebabkan keadaan kelam kabut dan tetamu bergegas keluar bilik dan berada di jalan.
“Kami ada laluan kecemasan untuk situasi seumpama ini. Tetapi, semua orang panik dan tidak menghiraukannya,” katanya.

Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia (BKMG) berkata, magnitud gempa itu adalah 6.8, sedalam 10 kilometer.

Siling di beberapa sekolah dan pejabat serta kuil Hindu purba di sepanjang pantai turut rosak manakala dinding retak.

“Saya masih ketakutan. Tiada kerosakan besar berlaku tetapi ada barang yang terjatuh dari dinding. Ia amat kuat,” kata Stuart McDonald, seorang penduduk Australia.

Gegaran juga dirasai selama beberapa minit di kawasan pelancongan utama, Kuta, kata Endro Tjahjono, pegawai Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik. – Agensi





Projek bagi kukuh kewangan dibangun berperingkat

PUSAT Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bernilai AS$8 bilion (RM25.07 bilion), yang akan dibangunkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan firma berpangkalan di Abu Dhabi, Mubadala Development Corporation, dijadualkan bermula awal tahun depan.
“Pelan induknya hampir siap, kami bekerja rapat dengan Dewan Bandaraya untuk menyediakannya,” kata Ketua Eksekutifnya Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Projek itu yang bertujuan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor perkhidmatan kewangan akan dibangunkan berperingkat di tapak seluas 30.35 hektar di kawasan Imbi berhadapan Jalan Tun Razak.

“Kami mahu pembangunan dibuat secara teratur dan memastikan terdapat faedah pemasaran,” katanya kepada BERNAMA dalam satu temu bual.

Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan akan datang, 1MDB akan menggiatkan rundingan dengan bakal pelabur dan pemaju, tetapi tidak mendedahkan butirannya.

“Projek di KLIFD bertujuan menarik teknologi canggih serta menggalakkan pembangunan mampan melalui teknologi hijau.
“Pembangunan khusus berkenaan memerlukan pelaburan besar dan sebagai organisasi milik kerajaan, 1MDB mempunyai kekuatan dan fleksibiliti untuk melaksanakannya,” katanya.

Beliau memuji insentif yang diberikan kepada 1MDB dalam Bajet 2012 kerana ia tepat pada masanya ketika kerja di pusat kewangan itu sedang dipergiatkan.

“Kami menghargai komitmen kerajaan untuk KLIFD. Ia akan memastikan kami mempunyai penyewa sesuai, seperti bank antarabangsa dan institusi kewangan,” katanya.

Insentif itu termasuk 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas pinjaman dan perjanjian perkhidmatan untuk syarikat berstatus KLIFD.

Insentif lain termasuk elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepatkan untuk syarikat status Marquee KLIFD dan 70 peratus pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun untuk pemaju hartanah di KLIFD.

“Insentif itu juga akan menarik pemaju kepada pembangunan KLIFD, walaupun pelaburan besar diperlukan,” katanya.

Shahrol Azral yang mendapat pendidikan di Stanford University, Amerika Syarikat dan telah mengalami pengalaman gaya hidup Silicon Valley, berkata KLIFD juga akan mempunyai konsep serupa, bukan saja mengenai pejabatnya, tetapi tempat di mana seseorang boleh ‘melepak’ dan mengadakan jalinan rangkaian.

“KLIFD adalah mengenai membina nukleus untuk bakat dan inovasi, yang juga sejajar dengan hasrat kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi,” katanya.

1MDB akan berusaha untuk menjelaskan kepada orang awam mengenai konsep KLIFD yang benar-benar baru, katanya.

“Kita mempunyai banyak program membabitkan rakyat dan generasi lebih muda, seperti Dana Belia,” katanya.

Dana Belia, yang dibiayai Yayasan 1MDB, menyediakan platform kepada anak muda untuk menyatakan harapan, idea dan kreativiti mereka melalui projek yang menggalakkan perpaduan.

Shahrol Azral, yang juga pakar dalam penciptaan nilai dalam pelbagai sektor, berkata beliau mahu mengekalkan ‘ketulenan’ budaya rakyat Malaysia - Melayu, Cina dan India di KLIFD.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

facebook


Extended Network Banners