Online Now Icons

Permulaan : Cara Buat Akaun Blogspot

Ahad, 23 Oktober 2011
Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.

Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'

Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
Cara Buat Akaun Blogspot


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Misi Hidup Mati Red Warriors

Khamis, 13 Oktober 2011


KOTA BHARU – ‘Misi hidup mati Kelantan’ Segalanya terarah kepada baki tempoh 90 minit pada pertemuan getir suku akhir kedua Piala Malaysia, Kelantan menentang Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.
Sama ada tersingkir awal atau melangkah ke saingan seterusnya, untung nasib juara bertahan, The Red Warriors kini hanya bergantung kepada pertembungan kali kedua menentang juara Piala FA itu.
Bagi Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu, beliau tetap berfikiran positif sambil menyifatkan pasukan kendaliannya mampu mengatasi detik sukar menyingkirkan pasukan Terengganu berbekalkan sokongan peminat di halaman sendiri malam ini.
“Terengganu mempunyai defisit dua gol dan kelebihan itu perlu kita hapuskan ke atas mereka. Pertemuan ini berkisarkan kepada faktor psikologi kerana suka atau tidak kita perlu menang dengan kelebihan dua gol,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
“Saya akui kita berhadapan satu tugas berat tetapi saya turut mempunyai keyakinan yang tinggi kita mampu bangkit mengatasi Terengganu dalam perlawanan ini. Tidak kiralah sama ada 2-0, 3-1 atau lebih daripada itu yang penting kita perlu menang.
“Kalau kita mempamerkan aksi permainan seperti di Kuala Terengganu tempohari meskipun beraksi dengan lapan pemain, tidak ada alasan untuk kita tidak boleh mengatasi Terengganu malam ini,” katanya.
Dalam sesi latihan terakhir petang semalam, Karathu tampak lebih tenang mengendalikan latihan pasukannya malah tidak ada sedikit pun kerisauan pada raut wajah pengendali berusia 68 tahun itu dalam memikirkan pertemuan menentang negeri berjiran itu.
Menurut Karathu, usaha memburu gol seawal mungkin perlu dilakukan memandangkan pasukan lawan sudah pasti merencanakan strategi tersendiri dalam mempertahankan kelebihan dua gol yang mereka miliki itu.
“Saya arahkan pemain saya tidak mudah terpengaruh dengan provokasi yang cuba dicetuskan oleh pemain Terengganu. Saya tahu kita sentiasa mengamalkan corak permainan cantik dan ini merupakan falsafah bola sepak yang kita terapkan selama ini.
“Tanpa tiga tonggak yang terpaksa diketepikan namun saya mempunyai banyak pilihan (pemain) untuk melakukan rombakan ke atas pasukan kita. Tapi perkara itu masih menjadi rahsia kepada saya untuk menamakan barisan pemain yang akan diturunkan malam esok,” katanya.
Dalam pada itu, Karathu juga turut menjelaskan moral pemainnya berada ditahap terbaik bagi menghadapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu malah mereka sentiasa mendapat suntikan semangat daripada pihak pengurusan pasukan.
“Satu perkara pemain perlu tahu ialah mereka harus mempercayai kemampuan diri sendiri. Kalau mereka masuk ke dalam padang dengan semangat seperti itu dan bermain mati-matian, saya percaya kita mampu mara ke saingan separuh akhir,” katanya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Norshahrul Tuntut Rakan Buru Jaringan Awal Sekat Lawan


KOTA BHARU – ‘Motivasi kami cukup tinggi untuk menewaskan Terengganu.’ Demikian kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Penolong Ketua Pasukan, Norshahrul Idlan Talaha menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia, Kelantan menentang Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Sekalipun ketinggalan dua gol rentetan kekalahan 1-3 tempohari, namun penyerang terbilang Kelantan itu tidak mahu terus meratapi kekecewaan tersebut sebaliknya pantas  menyuntik motivasi kepada rakan pasukannya untuk mencipta kebangkitan luar biasa apatah lagi mempunyai kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri malam ini.
“Kami akan berjuang habis-habisan daripada tiupan wisel permulaan sehingga penamat. Itu janji kami kepada penyokong setia Kelantan. Kita akan tampilkan kejutan luar biasa bagi memastikan kita mara ke separuh akhir,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
“Kalau dikira defisit dua gol itu nampak sukar namun saya percaya dalam bola sepak semuanya tidak mustahil. Malah saya sentiasa meletakkan kepercayaan kepada rakan sepasukan yang lain betapa kita mampu merealisasikan misi sukar ini menjadi kenyataan.
“Kita akan turun dengan penuh semangat dan menanamkan keyakinan tinggi untuk menang. Tekad kita ialah memburu gol pertama seawal yang mungkin dan saya fikir kehadiran gol itu sudah pasti bakal mengubah rentak dan suasana dalam perlawanan tersebut,” katanya.
Menurut Norshahrul Idlan atau terkenal dengan panggilan ‘Matyo’, beliau tetap optimis dengan percaturan Ketua Jurulatih, Datuk M Karathu yang mampu menyenaraikan barisan terkuat pasukan Kelantan sekalipun turun tanpa tiga tonggak utama yang terpaksa menjalani hukuman penggantungan perlawanan.
Sementara itu, tonggak pertahanan, S Subramaniam juga turut melaungkan keyakinan yang sama betapa perjuangan The Red Warriors tidak akan berakhir hanya dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini.
“Peluang masih ada dan kita akan berikan tentangan sengit kepada pasukan Terengganu. Kita tidak akan menyerah kalah malah tempoh 90 minit itu akan kita manfaatkan sebaik mungkin dengan mencipta kebangkitan luar biasa.
“Biarpun ketinggalan defisit dua gol, itu tidak bermakna tekanan kepada kita. Saya percaya semua rakan sepasukan yang lain sudah tidak sabar untuk menghadapi Terengganu sekali lagi malam ini. Janji saya, kita akan keluar selaku pemenang dan layak ke separuh akhir,” katanya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Cegah Sebarang Insiden Buruk



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mempertingkatkan tahap kawalan keselamatan bagi mencegah daripada berlakunya sebarang insiden buruk dalam pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia, di antara Kelantan menentang Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan khusus dengan pihak keselamatan bagi memastikan perlawanan sengit di antara kedua-dua pasukan itu dapat dilangsungkan dengan lancar tanpa insiden buruk berlaku.
“Pemeriksaan rapi akan dilakukan ke atas setiap penyokong yang memasuki stadium bagi memastikan tidak ada sebarang bahan terlarang seperti botol minuman, mercun dan bunga api dibawa masuk yang mana boleh mengganggu dan mencederakan orang ramai.
“Selain itu, anggota keselamatan yang berpakaian biasa juga akan ditempatkan di dalam kawasan stadium sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. Untuk mengelakkan berlakunya kesesakan, pintu masuk stadium akan dibuka seawal jam enam petang.
“Kita minta para penyokong Kelantan berikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa. Jangan cetuskan provokasi dan berikan sokongan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Khidmat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga turut dikerah bagi memantau sepanjang perlawanan ini,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Kawalan Pintu dan Tiket Kafa, Datuk Othman Zakaria berkata, tiket perlawanan membabitkan pertemuan suku akhir kedua ini akan dijual hari ini bermula jam sembilan pagi.
“Kita memutuskan jualan tiket dilakukan sehari awal (hari ini) sebelum perlawanan bagi membolehkan para peminat mendapatkannya lebih awal. Sekiranya tidak habis dijual, kita akan menjual pada hari perlawanan tersebut (Jumaat).
“Peminat boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket perkarangan stadium. Untuk pemegang tiket tempat duduk astaka, kita nasihatkan mereka tidak membawa anak mereka memandangkan tempat duduk adalah terhad.
“Kafa memperuntukkan 20,000 keping tiket dijual untuk perlawanan ini. Sehubungan itu saya berharap para penyokong tidak panik untuk mendapatkan tiket tersebut. Nasihat saya jangan beli daripada ulat sebaliknya beli terus di kaunter yang kita tetapkan,” katanya.
Menurut Othman, pihaknya turut menyediakan ruang untuk para penyokong menunaikan solat di dalam stadium.
Pihak Kafa menetapkan harga tiket bagi perlawanan ini ialah RM5 untuk kanak-kanak, RM15 (tempat duduk terbuka), RM20 (astaka dua) dan RM30 bagi tempat duduk astaka utama.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Tak Berniat Kasari Lawan (PERLAWANAN KELANTAN,TERENGGANU)


“SAYA tidak berniat mengasari pemain lawan, cuma semangat untuk menang membuatkan saya bermain lebih agresif,” kata pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaludin.
Dia akur dengan keputusan pengadil yang ‘menghadiahkan’ kad merah kepadanya dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Akibatnya, pemain berusia 26 tahun itu tidak dapat beraksi membantu Red Warriors pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat ini.
Daudsu berkata, dia tidak pernah menerima kad merah sepanjang liga musim ini dan kecewa kerana tidak dapat beraksi di laman sendiri sekali gus terlepas peluang membantu rakan membenam Terengganu yang beroleh kemenangan 3-1.
Katanya, ketegangan dalam perlawanan itu berlaku sekelip mata dan tidak menyangka terus dilayangkan kad merah berikutan tindakannya yang didakwa mengasari pemain lawan.
“Saya terima keputusan pengadil namun sedikit kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan nanti, namun saya harap rakan sepasukan bangkit untuk memastikan Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.
“Saya tidak berniat mengasari pemain lawan malah kami juga bermain dalam emosi yang terkawal, cuma bersemangat untuk menang menyebabkan kami bermain lebih agresif begitu juga pihak lawan,” katanya.
Selain Daudsu, pemain tengah, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Aziz Ismail juga menerima nasib sama.
Sementara itu, jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, di awal permainan pemainnya berjaya mengawal permainan dan mengikut strategi yang dirancang namun apabila aksi bertambah panas, rentak perlawanan bertukar lebih agresif.
Katanya, selepas kehilangan tiga pemain itu, percaturan pemainnya menjadi kelam kabut malah gagal menyempurnakan peluang.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

KomIk

H0ii korang semua ! Terima kasih sebab melawat blog yang tak seberapa ni. Kali ni, aku nak kongsi komIk KONGSI,KL GENGSTER, HANTU BONGCENG & yang sewaktu dengannya,. Semua cover setiap komek tu dah siap, tapi disebabkan kerja sekolah yang tak pernah siap, terpaksalah tangguh dulu.Peperiksaan juga dah dekat.Tak ada pilihan dah, nak  tak nak kena study dulu. Apabila siap, aku tayang lha..hak3,,,tak perlu korang cari kat kedai. tak dapat punya..haha. itu je kodd nak dikongsi. Semoga Bertemu lain hari.Assalamualaikum : )

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

PMR

Rabu, 5 Oktober 2011
Debaran baru bermula, Semua Perserta bersiap sedia masuk ke dewan. Segala yang dipelajari dari para profesional akan dibuktikan kelincahan setiap perserta. Kejayaan perlu di capai untuk mengharungi cabaran seterusnya. Segala permulaan yang baik akan mendapat pencapaian yang terbaik. Segala kesusahan yang dirasai ada hikmahnya. Pencapaian yang cemerlang adalah motif utama. Segalanya baru sahaja bermula ! don't giv up..teruskan usaha murni anda ! Semoga beroleh kejayaan bagi pelajar-pelajar PMR tahun ini. =]

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

facebook


Extended Network Banners